RAMAI yang kagum dan terpesona dengan wajah awet muda aktres Nora Danish.
Biarpun bakal mencecah usia 40 tahun, wajah Nora tidak banyak berubah seperti sewaktu mula mencipta nama menerusi drama bersiri Puteri sekitar 15 tahun lalu.
Mana tidaknya, Nora baru-baru ini ada berkongsi sekeping gambar swafoto memakai baju berwarna merah jambu dalam Instagram miliknya.
Gambar secara ‘close up’ itu telah dibanjiri pujian daripada netizen yang rata-rata terpukau dengan wajah awet mudanya.
Ramai yang cemburu melihat kejelitaannya sehingga ada yang kata Nora tak ‘reti-reti’ (pandai) nak tua ke? Sebab tidak berubah langsung dari dahulu sampai sekarang.
Kalau Nora mengakui anak dara pun ramai yang percaya walaupun telah memiliki dua orang anak. Lihatlah gaya dan penampilannya.
Pandai betul Nora jaga badan.
DIVA: Tak sabar rasanya nak dengar perkhabaran terkini tentang rancangan pernikahan Kamal Adli dan Uqasha Senrose. Kan dah banyak kelonggaran ni.