PETALING JAYA – Murid pra sekolah dan tadika swasta yang berada di negeri Fasa 3 memulakan sesi persekolahan bermula 3 Oktober depan.
Menteri Kanan (Pendidikan), Datuk Dr. Radzi Jidin berkata, murid berkeperluan khas (MBK) dan juga Program Pendidikan Khas Integrasi (PPKI) sekolah rendah juga turut akan meneruskan sesi persekolahan bermula tarikh berkenaan.
Bagaimanapun katanya, bagi murid lain mereka akan meneruskan pengajaran dan pembelajaran di rumah (PdPR)
“Bagi sekolah menengah pula, semua murid akan meneruskan PdPR, manakala pelajar Tingkatan 6 semester 2 dan program pra universiti akan hadir tanpa penggiliran.
“MBK dan PPKI bagi sekolah menengah juga akan hadir seperti biasa tanpa penggiliran termasuk pelajar kelas antarabangsa dan juga murid kelas peperiksaan awam di sekolah harian dan swasta,” katanya pada sidang akhbar hari ini. – K! ONLINE
Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 011-19598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929