fbpx

Murid dibenarkan berpakaian biasa ke sekolah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

PETALING JAYA – Murid yang hadir ke sekolah dibenarkan memakai pakaian biasa sekiranya pakaian seragam yang ada sudah tidak sesuai dipakai.

Menteri Kanan (Pendidikan), Datuk Dr. Radzi Jidin berkata, bagaimanapun, pakaian tersebut perlulah sesuai, kemas serta sopan untuk hadir ke sekolah.

“Tiada baju (seragam), baju ketat atau lusuh boleh pakai pakaian biasa tetapi perlulah kemas, sopan dan sesuai.

“Kita faham situasi sesetengah ibu bapa sekarang yang menghadapi pelbagai kesukaran. Tak apa jika seragam dan tak muat pakailah pakaian biasa, tetapi ia mesti sopan, kemas dan sesuai,”katanya pada sidang akhbar di sini hari ini. – K! ONLINE

 

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 011-19598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI