PUTRAJAYA – Sarawak merekodkan pertambahan kes harian dengan melepasi angka 5,000 iaitu sebanyak 5,291 kes daripada 19,198 kes harian negara.
Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah berkata, dua lagi negeri merekodkan kes melebihi 2,000 iaitu Selangor (2,347 kes) dan Johor (2,110 kes).
Menurutnya, lima negeri melepasi 1,000 melibatkan Sabah (1,717 kes), Kelantan (1,435 kes), Pulau Pinang (1,309 kes), Kedah (1,256 kes) dan Perak (1,118 kes).
“Sebanyak 20,980 kes sembuh dicatatkan mengatasi kes harian menjadikan jumlah keseluruhan kes sembuh daripada Covid-19 sebanyak 1,721,713 kes.
“Dalam masa sama, sebanyak 1,298 kes sedang dirawat di Unit Rawatan Rapi dan 744 kes memerlukan bantuan pernafasan,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.
Beliau berkata, daripada jumlah kes harian yang dilaporkan, sebanyak 253 kes (1.3 peratus) kategori tiga, empat dan lima serta 18,945 kes (98.7 peratus) kategori satu dan dua.
Tambahnya lagi, sebanyak 34 kluster baharu dikenal pasti terdiri daripada 17 kluster tempat kerja, 14 kluster komuniti, dua kluster kumpulan berisiko tinggi dan satu kluster keagamaan. – K! ONLINE
Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 011-19598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929