fbpx

Lebih 300,000 daftar Sukarelawan MyVac

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Faizal Azumu.

IPOH – Jumlah pendaftaran belia untuk menjadi sukarelawan program Malaysia Vaccine Support Volunteers (MyVac) telah melebihi keperluan untuk penempatan di Pusat Pemberian Vaksin (PPV) seluruh negara.

Menteri Belia dan Sukan, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu berkata, jumlah individu yang mendaftar untuk program berkenaan mencecah 320,000 orang sejak pendaftaran dibuka Februari lalu.

Katanya, daripada jumlah itu seramai 8,187 sukarelawan bukan kesihatan MyVac telah ditempatkan di 417 buah PPV di seluruh negara.

“Kalau diikutkan kepada respon (pendaftaran), ia sangat menggalakkan malah jumlah yang kita ada juga sudah melebihi (keperluan).

“Permintaan untuk penempatan di PPV pula hanya dapat dipastikan selepas mereka melalui beberapa proses saringan termasuk latihan secara dalam talian,” katanya selepas sesi perjumpaan bersama sukarelawan MyVac dan petugas-petugas di PPV Stadium Indera Mulia di sini hari ini.

Di Perak seramai 21,183 individu telah mendaftar di mana 979 sukarelawan telah di tempatkan di 25 buah PPV di seluruh negeri.

Ahmad Faizal berkata, majoriti mendaftar program itu adalah golongan belia yang berminat dengan kerja-kerja kesukarelawanan dalam membantu kerajaan mencapai imuniti kelompok

Katanya, menerusi penyertaan itu juga, ia secara tidak langsung membantu golongan belia yang hilang punca pendapatan susulan penularan pandemik Covid-19.

“Selain orang awam, kita juga beri keutamaan kepada pekerja-pekerja industri, penggiat-penggiat sukan dan operator yang kehilangan pekerjaan untuk mendaftar sebagai sukarelawan.

“Jumlah sukarelawan MyVac ini akan bertambah dari semasa ke semasa selari dengan pembukaan PPV baharu yang sememangnya memerlukan khidmat mereka sebagai petugas sokongan,” katanya. – K! ONLINE

 

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 011-19598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN