fbpx

Kesiapsiagaan dan kapasiti hospital di Langkawi dipertingkatkan -Noor Hisham

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

PETALING JAYA – Kementerian Kesihatan (KKM) bersiap sedia menghadapi sebarang kemungkinan peningkatan kes Covid-19 susulan pengumuman Pulau Langkawi sebagai lokasi projek rintis gelembung pelancongan domestik bermula Khamis ini.

Menerusi perkongsian di laman Facebook, Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr. Noor Hisham berkata, pihaknya melalui melalui Jabatan Kesihatan Negeri (JKN) Kedah kini sedang meningkatkan kesiapsiagaan dan kapasiti di Hospital Sultanah Maliha (HSM), Langkawi.

Menurut Noor Hisham, HSM merupakan hospital “hybrid” yang merawat pesakit Covid-19 yang mempunyai 79 katil) dan bukan Covid-19 sebanyak 142 katil.

Beliau berkata, melalui pembukaan i-PKRC (Pusat Kuarantin dan Rawatan Covid-19) Lapangsasar Antarabangsa Langkawi Malasyia (LISRAM) pada 4 Ogos lalu, sebanyak 60 katil tambahan disediakan bagi merawat pesakit Covid-19 untuk kategori 1, 2 dan 3 (berisiko rendah).

“Manakala bagi ICU (unit rawatan rapi), sebanyak lapan buah katil tambahan telah diwujudkan sebelum ini menjadikan kapasiti katil meningkat kepada 13 buah.

“Daripada jumlah ini, sembilan buah katil adalah dikhususkan bagi merawat kes Covid-19, katanya.

Tambah Noor Hisham, jabatan-jabatan lain HSM seperti Jabatan Kecemasan & Trauma, Jabatan Patologi & Transfusi Perubatan, Jabatan Pediatrik, Jabatan Forensik serta Unit Hemodialisis turut merancang pelan kesiapsagaan masing-masing bagi merawat kes Covid-19 yang mungkin akan bertambah.

“Melalui perbincangan yang diadakan bersama pihak HSM dan JKN Kedah, beberapa cadangan penambahbaikan telah diberikan termasuk penetapan nilai ambang kadar kemasukan pesakit harian sebagai petanda amaran agar tindakan proaktif tertentu diambil.

“Ini termasuk keperluan menambah bilangan katil bukan ICU dan ICU untuk kes Covid-19, mobilisasi petugas kesihatan dan aset dari daerah atau negeri lain, evakuasi pesakit melalui pengangkutan udara ke hospital rujukan lain serta penubuhan PKRC yang dikendalikan oleh pihak swasta,” katanya.

Pada masa sama, Noor Hisham mengingatkan kepada semua bakal pengunjung ke Pulau Langkawi di bawah projek rintis gelembung pelancongan domestik agar sentiasa mengamalkan norma baharu dan kekal mematuhi prosedur operasi standard (SOP).

“Tatkala kita cuba mengimbangi di antara nyawa dengan kelangsungan hidup dan ekonomi, marilah kita bersama-sama memastikan tiada peningkatan jangkitan virus Covid-19 di pulau percutian ini,” katanya.-K! ONLINE

 

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 011-19598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI