fbpx

Kemenangan UITM FC sudah terlambat

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
YONG-HYUN (dua dari kanan) muncul wira UITM selepas meledak gol tunggal dalam kemenangan 1-0 ke atas Sri Pahang di Stadium UITM sebentar tadi. - Foto ihsan UITM FC

SHAH ALAM – Hasrat Universiti Teknologi Mara (UITM) FC untuk melayakkan diri ke saingan Piala Malaysia musim ini tidak kesampaian meskipun berjaya menewaskan Sri Pahang FC 1-0 di Stadium UITM, Shah Alam sebentar tadi.

Kegagalan itu pastinya mengecewakan kem The Lion Troops yang bermain dengan cukup cemerlang untuk meraih kemenangan pada aksi terakhir Liga Super musim ini sebelum jatuh ke saingan Liga Premier tahun depan.

Biarpun menang, namun UITM terpaksa menerima hakikat perit terlepas slot Piala Malaysia disebabkan kemenangan Perak FC 2-1 ke atas Sabah FC di Stadium Perak, Ipoh sebentar tadi.

Ia sekali gus membolehkan The Bos Gaurus yang turut senasib dengan UITM turun ke Liga Premier musim depan, berjaya menyambar tiket terakhir daripada saingan Liga Super untuk beraksi di Piala Malaysia selepas ini.

Dalam aksi di Shah Alam malam tadi, skuad bimbingan Reduan Abdullah berjaya meraih tiga mata terakhir Liga Super menerusi tonggak import dari Korea Selatan, Kwon Yong-hyun selepas memanfaatkan sepakan penalti pada minit ke-25.

Kemenangan itu meneruskan momentum cemerlang UITM yang sebelum ini mencipta kejutan mengikat naib juara Liga Super, Kedah Darul Aman FC dengan keputusan 3-3 di Alor Setar minggu lalu.

Bagi Sri Pahang, prestasi yang dipamerkan anak-anak buah Dollah Salleh dilihat amat membimbangkan kerana ia adalah kekalahan kelima daripada enam perlawanan terakhir sejak mencatat kemenangan pada 1 Ogos lalu.

Apa yang pasti, Tok Gajah perlu melakukan sesuatu dalam kadar segera agar dapat bangkit memberikan tentangan sengit apabila saingan Piala Malaysia membuka tirainya selepas ini. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI