PETALING JAYA – Kehadiran murid di sekolah tertakluk kepada kapasiti 50 peratus jumlah keseluruhan murid di sesebuah sekolah mengikut sistem penggiliran
Menteri Kanan (Pendidikan), Datuk Dr. Radzi Jidin berkata, bagi melaksanakan sistem tersebut, pihak sekolah akan membahagikan pelajar kepada dua kumpulan dan dipecahkan mengikut minggu.
“Sebagai contoh jika Tingkatan 5A mempunyai pelajar seramai 36 orang, dia akan dibahagikan kepada dua kumpulan, iaitu satu kumpulan ada 18 orang.
“Minggu pertama kumpulan satu akan belajar di sekolah dan satu lagi kumpulan akan belajar secara pengajaran dan pembelajaran di rumah (PdPR) dan sistem akan akan bertukar-tukar setiap minggu,”katanya dalam sidang akhbar di sini sebentar tadi. – K! ONLINE
Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 011-19598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929