PETALING JAYA – Tujuh negeri dijangka mengalami hujan lebat dan ribut petir malam ini.
Jabatan Meteorologi (MetMalaysia) menerusi perkongsian di laman Facebooknya berkata, antara negeri yang terlibat adalah Perak, Kelantan, Terengganu, Pahang, Selangor, Sarawak dan Sabah.
Di Perak antara kawasan yang terlibat dengan amaran cuaca tersebut adalah Kampar, Bagan Datuk, Hilir Perak, Batang Padang dan Mualim.
Bagi negeri Kelantan pula, ia membabitkan kawasan Bachok, Pasir Puteh, Kuala Krai dan Gua Musang.
Sementara itu, di Terengganu, ia melibatkan kawasan Setiu, Kuala Nerus, Hulu Terengganu, Kuala Terengganu dan Marang.
Di Pahang pula, kawasan yang terbabit adalah Tanah Tinggi Cameron, Raub, Lipis, Jerantut, Bentong, Temerloh dan Pekan.
Untuk negeri Selangor pula, antara kawasan yang dijangka terjejas adalah di Hulu Selangor, manakala di Sarawak ia melibatkan daerah Sri Aman, Betong, Sarikei, Sibu, Mukah, Matu, Dalat, Kapit Song, Bukit Mabong dan Bintulu.
Amaran cuaca sama turut dikeluarkan untuk beberapa kawasan di negeri Sabah iaitu Keningau, Tambunan, Papar, Penampang, Ranau, Kota Belud, Sandakan, Tongod, Telupid, Kinabatangan dan Kudat.
Menurut MetMalaysia, keadaan cuaca ini dijangka berterusan sehingga pukul 9 malam ini. – K! ONLINE
Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 011-19598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929