fbpx

Giroud boleh beraksi menentang Liverpool

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
GIROUD akhirnya bebas daripada jangkitan Covid-19 selepas disahkan positif wabak itu pada 2 September lalu. – AFP

MILAN – Gergasi Itali, AC Milan mendapat berita gembira selepas penyerang, Olivier Giroud akhirnya bebas daripada jangkitan Covid-19 selepas disahkan positif wabak itu pada 2 September lalu.

Ia bermakna The Rossoneri boleh menggunakan semula khidmat Giroud, 34, untuk pertembungan getir menentang jaguh Liga Perdana Inggeris, Liverpool dalam aksi pertama Liga Juara-Juara di Stadium Anfield pada 16 September ini.

“AC Milan mengesahkan Giroud sudah disahkan negatif Covid-19. Pemain itu akan melakukan beberapa ujian seperti ditetapkan pihak kerajaan Itali sebelum boleh menyertai semula aktiviti sukan,” menurut kenyataan rasmi Milan.

Giroud disahkan positif virus pandemik itu selepas meledak dua gol ketika membantu Milan menewaskan Cagliari 4-1 pada aksi kedua Serie A awal bulan lalu.

Bagaimanapun, penyerang skuad antarabangsa Perancis itu dijangka terlepas aksi Serie A seterusnya menentang Lazio di Stadium San Siro awal pagi esok kerana tidak sempat mencapai tahap kecergasan terbaiknya.

Namun, Giroud dijangka akan disenaraikan dalam kesebelasan utama menentang The Reds untuk kancah Liga Juara-Juara pertama Milan sejak kali terakhir melayakkan diri pada musim 2013-2014.

Pertembungan itu pastinya ditunggu-tunggu semua peminat bola sepak berdasarkan sejarah lalu menyaksikan Liverpool bangkit daripada ketinggalan 0-3 untuk menang ke atas Milan menerusi penentuan sepakan penalti di Istanbul pada 2005.

Kebangkitan dramatik itu membolehkan Liverpool menjulang trofi Liga Juara-Juara edisi tersebut sebelum Milan menebus kekecewaan dengan menewaskan mereka dengan keputusan 2-1 pada final dua tahun kemudian. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI