fbpx

Diserbu polis ketika sedang asyik berkaraoke

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Antara kelengkapan karaoke yang dirampas dalam serbuan di sebuah rumah dua tingkat di Jalan Kuala Krai, Kota Bharu semalam. IHSAN POLIS

KOTA BHARU – Tujuh individu termasuk dua wanita ditahan ketika mereka sedang asyik berkaraoke di dalam sebuah rumah dua tingkat di Jalan Kuala Krai di sini semalam.

Polis menjalankan serbuan ke rumah yang disewa oleh kesemua individu berkenaan pada pukul 4 petang selepas menerima aduan daripada orang awam.

Ketua Polis Daerah Kota Bharu, Asisten Komisioner Abdul Rahim Daud berkata, pemeriksaan mendapati, semua yang ditahan berusia antara 33 hingga 53 tahun termasuk pemilik rumah tersebut.

“Siasatan awal mendapati, rumah itu menjalankan aktiviti hiburan dengan menyediakan perkhidmatan karaoke tanpa lesen dengan mengenakan bayaran RM50 sejam.

“Rumah tersebut dipercayai disewa pada kadar RM1,000 sebulan dan telah menawarkan perkhidmatan nyanyian sejak beberapa bulan lalu,” katanya ketika dihubungi Kosmo! hari ini.

Menurut Abdul Rahim, pemilik rumah itu dipercayai membuka semula perkhidmatan tersebut baru-baru ini selepas tidak dapat membuka premis ekoran pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) penuh.

Ujarnya, dalam serbuan itu, polis telah merampas dua unit pembesar suara, satu unit amplifier ,mikrofon (1 unit), KTV (1 unit), projektor (1 unit) dan pelbagai peralatan elektrik.

“Polis telah mengeluarkan kompaun kepada setiap individu di dalam rumah itu kerana melanggar prosedur operasi standard PKP,” katanya yang turut memberitahu, kes disiasat mengikut Seksyen 6(1) Enakmen Hiburan 1998. – K! ONLINE

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 011-19598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI