fbpx

Awang nekad bantu Penang FC tempah slot Piala AFC

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Al-Hafiz

GEORGE TOWN – Pemain sayap kanan Penang FC, Al-Hafiz Harun, 27, nekad membantu pasukannya memburu takhta kedua pada saingan terakhir Liga Super 2021 menentang Terengganu FC (TFC) malam ini sekaligus melayakkan mereka ke Piala AFC musim depan.

Anak kelahiran Sik, Kedah itu mengakui yang dia sudah bersiap sedia bertemu barisan pemain TFC dalam aksi perlawanan yang berlangsung di Stadium Bandaraya di sini.

Dia yang lebih mesra disapa sebagai Awang turut mengatakan keyakinan terhadap rakan pasukannya yang sedia mempamerkan aksi cemerlang ketika beraksi di padang nanti.

“Ini merupakan malam penentuan buat pasukan kami (Penang FC) untuk memburu tempat kedua perlawanan terakhir Liga Super 2021 dan sejarah bagi sukan bola sepak Pulau Pinang sekiranya layak bertanding di Piala AFC tahun depan.

“Saya yakin pada diri sendiri serta kebolehan rakan sepasukan untuk mengumpul tiga mata di halaman sendiri ketika bertemu Skuad Penyu itu malam nanti.

“Walaupun kami tahu mereka antara pasukan terbaik di Liga Malaysia setakat ini tetapi kami perlu melakukan sehabis baik untuk pasukan dan para peminat tegar Penang FC,” katanya kepada Kosmo! hari ini.

Katanya lagi, dia perlu memberi perhatian sepenuhnya terhadap tiga pemain utama TFC iaitu Mohd. Faisal Abdul Halim, Lee Tuck dan Mohamad Hakimi Abdullah nanti.

“Saya perlu lebih berhati-hati dengan pihak lawan terutama pemain di bahagian tengah dan saya yakin akan bawa kemenangan buat pasukan dan rakyat Pulau Pinang.

“Sudah semestinya Ketua Jurulatih, Tomas Trucha dan pembantunya, Manzoor Azwira serta Akmal Rizal banyak memberi tunjuk ajar dan taktikal kepada kami. Mereka kenal para pemain dan baiki setiap perlawanan,” tambahnya.

Penang FC kini berkongsi kutipan 40 mata dengan Kedah Darul Aman FC (KDA FC) diikuti TFC mengumpul 37 mata dan Selangor FC, 36 mata. – K! ONLINE

 

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 011-19598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI