fbpx

Anak cantik, terus Fiza Halim dipanggil ’mama’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
KECANTIKAN dua anak gadisnya, Feera Aryanna dan Feeya Adyrra ini mencuri perhatian sehingga ramai yang mengusik mahu menjadi menantu Fiza Halim.

PELAKON dan penyanyi Fiza Halim baru-baru ini ada berkongsi foto bersama dua orang anak daranya iaitu Feera Aryanna dan Feeya Adyrra dalam Instagram miliknya.

Bukan main cantik lagi dua anak dara Fiza yang masing-masing berusia 13 dan 12 tahun itu. Kalau dah emaknya pun cantik jelita, anaknya pula apa lagi.

Ini bukan kali pertama Diva tengok Fiza berkongsi gambar dua orang anaknya itu untuk tatapan umum. Setahu Diva, Fiza tidak tinggal bersama dengan anaknya kerana mereka dijaga oleh bekas suami selepas bercerai pada 2010.

Bila anak dara yang cantik, mulalah muncul sekumpulan netizen nakal. Macam-macam komen yang Diva baca kerana nak mengurat dua beradik itu.

Sampaikan ada komen yang ditinggalkan sudah pun memanggil Fiza dengan gelaran ‘mama’ dengan harapan dapat menjadi menantunya suatu hari nanti.

Ada-ada sajalah netizen. Apa-apa pun Fiza ada beritahu bahawa dia tidak mahu anak-anaknya terlibat dalam dunia seni pada usia muda kerana mahu anak-anak fokus terhadap pelajaran. Baguslah kalau begitu.

DIVA: Ramai yang tersenyum dan ramai juga yang risau bila kerajaan sudah memberi beberapa kelonggaran untuk negeri-negeri fasa kedua. Apa-apa pun terus menjaga SOP, jangan lalai!

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI