fbpx

Akauntan ‘gila berjimat’ cari makanan dalam tong sampah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
WANITA ini bahkan mendapatkan peralatan-peralatan untuk kegunaan di rumah daripada barang buangan jiran-jiran.

SEORANG akauntan wanita sanggup mencari makanan dari tong sampah dan enggan
membeli tisu tandas sebagai usaha untuk menjimatkan wang ketika tinggal di salah satu
bandar termahal di dunia.

Baru-baru ini, Kate Hashimoto dari New York, Amerika Syarikat telah mendedahkan
dalam rancangan TLC Extreme Cheapskates mengenai cara hidupnya yang mampu
bertahan dengan perbelanjaan bulanan cuma AS$200 (RM829).

Hashimoto memberitahu, dia telah tinggal di kota yang mempunyai kos hidup tinggi itu
selama tiga tahun, tetapi mempunyai cara tersendiri untuk berjimat.

“Sekiranya saya perlu mengeluarkan wang, saya cuba untuk mengelak. Saya akan cuba
membayar seminimum mungkin,” katanya sewaktu bercerita dalam rancangan tersebut.

Hashimoto memaklumkan, dia tidak pernah membeli perabot sebaliknya menggunakan
perkakas rumah yang dibuang dalam tong sampah di tepi jalan berhampiran apartmen.

“Saya menghiasi rumah dengan mengambil perabot-perabot yang dibuang oleh jiran
sebelum sempat lori sampah datang mengangkutnya. Tindakan berkenaan
membolehkan saya jimat beberapa ribu dolar untuk membeli perabot baharu,” tegasnya.

Dia juga selesa tidur di atas katil bertilamkan lapisan span yang diambil dari jalanan dan meja makan pula menggunakan susunan buku dan majalah lama.

Akauntan bertauliah itu juga memiliki sofa di ruang tamu rumah yang terdiri daripada bingkai katil kecil dan tilam nipis.

Dia memperoleh kedua-dua barangan itu di tempat timbunan sampah di luar asrama
sebuah sekolah.

HASHIMOTO menyatakan adakalanya dia mampu menemui makanan yang agak
mewah seperti anggur yang masih elok di dalam tong sampah.

Hashimoto turut mendedahkan, dia tidak pernah membeli pakaian baharu selama lebih
lapan tahun, tidak guna pakaian dalam baharu sejak tahun 1998 serta enggan menggunakan
peralatan mandian.

“Saya rasa tidak berbaloi membeli peralatan mandian. Saya juga mengikuti rapat laman web
yang memberikan barangan secara percuma kepada orang ramai,” ujarnya.

Hashimoto mengatakan melalui laman web seperti itu, dia dapat mengumpulkan banyak
barang keperluan dengan percuma termasuk ubat gigi, deodoran, pisau cukur dan produk
kesihatan.

Saya peminat tegar kepada barang sampel diberi percuma. Mungkin saya orang
paling ekstrem,” ujarnya lagi.

Lebih pelik, dia juga enggan membeli tisu tandas atau tisu muka kerana tidak mahu
menghabiskan wang terhadap sesuatu barang yang akan dibuang.

Sebagai gantinya, Hashimoto memilih mengitar semula tisu yang telah digunakannya di tandas awam
menggunakan alat pengering tangan.

Selalunya, dia masuk ke tandas awam untuk mencuci badan menggunakan sabun dan
sebotol air semburan.

Dia juga menggunakan tandas awam untuk membasuh sendiri pakaian bagi menjimatkan wang sebanyak AS$3 (RM12) andai menggunakan mesin basuh di kedai dobi.

“Saya tidak mencuci pakaian di dobi. Anda harus mengeluarkan sejumlah kecil wang. Jadi, setiap kali ada pakaian kotor, saya cuci ketika mandi. Saya rasa, kali terakhir saya betul-betul cuci pakaian kira-kira tiga tahun lalu,” katanya.

Dia menggunakan lebihan sabun mandi untuk membersihkan pakaian. Paling teruk, dia juga enggan mengeluarkan wang untuk membeli makanan buat diri sendiri.

“Saya menghabiskan sekitar AS$20 (RM83) hingga AS$25 (RM104) bagi membeli makanan
setiap minggu. Jumlahnya secara bulanan hanyalah AS$100 (RM415),” katanya lagi.

Justeru itu, dia sanggup menyamar sebagai gelandangan pada sebelah malam untuk
menyelongkar beg sampah di luar restoran atau pasar raya di kawasan kejiranan.

“Kedai-kedai ini sering membuang banyak makanan berkualiti tinggi termasuk makanan organik dan makanan siap dimasak,” terangnya.

Katanya, dia hanya menggunakan makanan dari tong sampah yang masih berada di dalam
bekas tertutup bagi mengelakkan termakan kotoran.

Hashimoto menjelaskan, langkah penjimatan drastik dilakukan membolehkannya membelanjakan hanya
AS$200 (RM829) setiap bulan berbanding kos sebenar sekitar AS$1,300 (RM5,385).

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI