fbpx

72.7 peratus individu dewasa lengkap dua dos vaksin

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

PETALING JAYA – Sebanyak 72.7 peratus atau 17,026,781 individu dewasa negara ini telah lengkap menerima dua dos vaksin sehingga semalam.

Berdasarkan data yang dikongsikan Jawatankuasa Khas Jaminan Akses Bekalan Vaksin Covid-19 (JKJAV), sebanyak 90.9 peratus atau lebih 21,290,857 juta individu pula sudah menerima suntikan pertama.

Setakat semalam juga, sejumlah 258,929 dos suntikan harian telah diberikan di seluruh negara.

Jumlah peratusan vaksinasi populasi dewasa Malaysia.

Daripada jumlah itu, Johor telah mencatatkan pemberian dos kedua tertinggi dengan 32,524, diikuti Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur (26,349), Sabah (20,874), Selangor (18,948), Kedah (15,067) dan Perak (12,375).

Ia sekali gus menjadikan jumlah kumulatif pemberian dos vaksin seluruh negara adalah lebih 38,317,638 juta. – K! ONLINE

 

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 011-19598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI