fbpx

592 kes kematian termasuk yang tertunggak

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

PUTRAJAYA – Sebanyak 592 kes kematian semalam yang dipaparkan menerusi laman web CovidNow turut melibatkan kes tertunggak atau ‘backlog’ serta belum dilaporkan sebelum ini.

Mengikut data tersebut, hanya 100 kematian harian akibat Covid-19 direkodkan dalam tempoh 24 jam semalam manakala, jumlah terkini kematian mencecah 20,419 kes.

Daripada keseluruhan 592 kes kematian tersebut, Selangor mencatatkan kes kematian tertinggi (359 kes), Sabah (53), Kedah (49), Perak (28), Pulau Pinang (27), Negeri Sembilan (15), Kelantan (11), Johor dan Sarawak (masing-masing 10), Melaka (sembilan), Kuala Lumpur (lapan), Pahang dan Terengganu (masing-masing enam) dan Perlis (satu kes).

Hanya Wilayah Persekutuan Putrajaya dan Labuan yang tidak mencatatkan kes kematian dalam tempoh 24 jam semalam. – K! ONLINE

 

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 011-19598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI