fbpx

4 anggota polis antara 35 individu ditahan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

KLANG – Empat anggota polis antara 35 individu yang ditahan dalam serbuan di sebuah premis hiburan di sekitar daerah ini semalam.

Serbuan kira-kira pukul 2 pagi itu telah dijalankan sepasukan pegawai dan anggota dari Jabatan Integriti dan Pematuhan Standard (JIPS) Bukit Aman.

Pengarah JIPS Bukit Aman, Datuk Azri Ahmad berkata, serbuan dilakukan selepas pihaknya menerima maklumat terdapat aktiviti pelacuran, hiburan dan pengambilan dadah di kawasan tersebut.

“Menerusi serbuan terbabit, kita telah menahan 35 individu yang terdiri daripada 22 lelaki dan 13 perempuan. Hasil ujian saringan air kencing pula mendapati, 19 daripada yang ditahan positif dadah termasuk empat anggota polis terbabit.

“Hasil semakan mendapati, keempat-empat anggota polis yang ditahan terbabit bertugas di sekitar daerah Selangor,” Katanya ketika dihubungi Kosmo! di sini hari ini.

Mengulas lanjut, pihaknya akan membuka kertas siasatan bagi menyiasat perkara tersebut.

“Sebarang pelanggaran prosedur operasi standard akan disiasat oleh Ibu Pejabat Polis Daerah berkenaan termasuklah sekiranya ujian saringan air kencing didapati positif,” katanya. – K! ONLINE

 

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 011-19598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI