fbpx

2 maut, seorang parah terbabit kemalangan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

KUALA LUMPUR – Dua lelaki maut sementara seorang lagi cedera parah selepas motosikal yang ditunggang mereka terbabit dalam satu kemalangan di Kilometer 406, Lebuh Raya Utara-Selatan berhampiran Kuala Kubu Bharu semalam.

Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Norazam Khamis berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian terbabit pada pukul 10.12 malam.

“Seramai lapan anggota bersama beberapa jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kuala Kubu Bharu telah dikejarkan ke lokasi kejadian. Setibanya di lokasi, anggota mendapati kemalangan berlaku membabitkan tiga mangsa dan tiga buah motosikal.

“Dalam nahas terbabit, ketiga-tiga mangsa dikenali sebagai Mohd. Rafide Mohd. Sharkawi, 35 ; Ahmad Fakrullah Ali Affendi, 28 dan Nooramirul Nizam Mohd Amir, 29,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Katanya, dua mangsa telah disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian sementara seorang lagi cedera parah.

“Mangsa yang cedera parah tersebut berada dalam keadaan kritikal dan telah dihantar ke Hospital Slim River oleh pasukan perubatan Kementerian Kesihatan (KKM).

“Mayat dua lelaki yang meninggal dunia tersebut telah diserahkan kepada polis untuk tindakan lanjut,” jelasnya. – K! ONLINE

 

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 011-19598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI