fbpx

Zul Ariffin tarik diri daripada Anugerah Bintang Popular

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
ZUL menjelaskan keputusannya menarik dari ABPBH34 bukan beermakna dia ingin bersara dari dunia lakonan.

PETALING JAYA – Aktor terkenal, Zul Ariffin mengumumkan pengunduran dirinya daripada sebarang pencalonan menerusi Anugerah Bintang Popular Berita Harian ke-34 yang dijangka berlangsung pada 13 November depan.

Pengumuman mengenai penarikan dirinya daripada anugerah tersebut dikongsi menerusi satu hantaran Instagram hari ini.

TANGKAP layar pengumuman Zul berkaitan pengundurannya daripada sebarang pencalonan di ABPBH34.

“Kepada semua peminat yang sentiasa menyokon kerjaya saya, Alhmdulillah.

“Di sini saya nak maklum dan umumkan bahawa saya sudah menarik diri daripada semua pencalonan di ABPBH34 serta sudah menghubungi pihak penganjur,” kata pemilik nama lengkap Zulkifli Ariffin itu.

Dalam pada itu, dia yang pernah membintangi drama membintangi drama Love, Elsa itu menjelaskan tindakannya itu bukan atas sebab ingin bersara dari dunia hiburan.

ZUL menjelaskan dia tidak mempunyai sebarang niat untuk bersara sebagai pelakon namun ingin fokus untuk menjadi insan lebih baik.

“Jangan risau, saya tidak bersara dari dunia lakonan, hijrah atau apa pun.

“Buat masa sekarang saya hanya ingin menjadi insan yang lebih baik daripada sebelum ini. Saya juga bersedia untuk panaskan enjin (lakonan). Banyak yang akan datang,” jelasnya.

Aktor filem Sangkar itu turut menitipkan doa buat semua selebriti tanah air yang tercalon dalam anugerah tersebut.

“Kepada semua calon, saya ucapkan selamat berjaya dan buat para peminat yang disayangi, dapat rehat yang cukup,” ujarnya.

Bagaimanapun, pelakon. berusia 34 tahun itu tidak mendedahkan sebarang alasan lanjut berkaitan pengundurannya daripada anugerah tersebut.

Untuk rekod, Zul pernah memenangi kategori Pelakon Filem Lelaki Popular dan Pasangan Serasi (Filem) bersama Nur Fazura pada ABPBH31.

Baru-baru ini, aktor kegilaan ramai wanita itu mencuri perhatian apabila dilihat kerap bertemu dengan pendakwah terkenal, Ustaz Ebit Lew.

Perubahan sikap aktor bertubuh kekar itu difahamkan ada kaitan masalah kemurungan yang dihidapi impak situasi pandemik Covid-19 yang melanda negara ketika ini.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI