fbpx

Warga PDRM titip takziah buat keluarga Tan Sri Zaman Khan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Allahyarham pernah mencurahkan bakti terakhir di dalam PDRM sebagai Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah, Bukit Aman pada tahun 1989 sehingga 1993.

PETALING JAYA – Ketua Polis Negara, Datuk Sri Acryl Sani Abdullah Sani dan Timbalannya, Datuk Seri Mazlan Lazim serta warga Polis Diraja Malaysia (PDRM) menzahirkan ucapan takziah buat ahli keluarga Allahyarham Tan Sri Zaman Khan Rahim Khan yang meninggal dunia hari ini.

PDRM dalam satu kenyataan di laman Facebook berkata, Allahyarham pernah mencurahkan bakti terakhir dalam PDRM sebagai Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah, Bukit Aman pada tahun 1989 sehingga 1993 sebelum ditukarkan ke Jabatan Penjara Malaysia sebagai Ketua Pengarah.

“Jenazah Allahyarham akan dimandikan dan disolatkan di Masjid Bukit Aman sebelum disemadikan di Tanah Perkuburan Islam Bukit Kiara, Kuala Lumpur pada petang ini.

“Didoakan agar roh Allahyarham Tan Sri Zaman Khan dicucuri rahmat-Nya dan ditempatkan bersama orang-orang beriman serta beramal soleh.

Allahyarham menghembuskan nafas terakhir di Institut Jantung Negara, Kuala Lumpur pada pukul 10.15 pagi tadi. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI