fbpx

Tidak mampu beli kerusi roda

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
ROHANA menunjukkan troli roda tong gas yang digunakannya untuk bergerak ketika ditemui di rumahnya di PPR Gua Musang kelmarin.

GUA MUSANG – Seorang wanita warga emas yang menderita pe­nyakit saraf hanya mampu menggunakan troli pengangkut tong gas untuk bergerak kerana tidak mampu membeli kerusi roda.

Rohana Yaacob, 73, yang baru sahaja kematian suaminya lebih sebulan lalu, terpaksa menggunakan troli itu termasuk untuk ke tandas selepas hilang keupayaan untuk berjalan akibat penyakit itu.

Menurutnya, selepas disahkan menghidap penyakit saraf dari paras pinggang hingga kaki, dia hanya terlantar dan terpaksa meminta bantuan dua orang cucu perempuan yang tinggal bersamanya untuk bergerak.

Katanya, dia mempunyai tiga anak, namun mereka sudah berumah tangga dan tinggal ber­asingan.

“Troli roda tong gas ini dibeli oleh arwah suami. Dia hanya be­kerja sebagai penggali kubur dan tidak mampu membelikan kerusi roda untuk saya.

“Saya ada menerima bantuan wang sebanyak RM500 sebulan daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat, namun bantuan itu hanya cukup untuk belanja ­makan dan minum,” katanya ­ketika ditemui pemberita di rumahnya di Program Perumahan Rakyat (PPR) Gua Musang kelmarin.

Prihatin dengan nasib me­nimpa Rohana, Ahli Jawatankuasa Majlis Jaksa Pendamai ­Kelantan (MJPK), Che Ibrahim Che Ismail hadir ke rumahnya untuk menyampaikan sumba­ngan ­bakul makanan dan wang tunai.

“Saya cukup sedih dengan keadaan yang dilalui wanita warga emas itu apabila terpaksa bergerak menggunakan troli roda tong gas.

“Saya mewakili MJPK akan membantu ibu tunggal terbabit yang amat memerlukan kerusi roda bagi memudahkan ­pergerakannnya di rumah,” ­katanya.

Orang ramai yang ingin membantu bagi meringankan beban Rohana boleh menghubunginya di talian 013-391 2315.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI