fbpx

Tiada kelulusan aktiviti di Bukit Tabur

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Sebuah jentolak kelihatan di Bukit Tabur yang ditular seorang pengguna Twitter baru-baru ini.

SHAH ALAM – Kerajaan negeri menegaskan tiada sebarang kelulusan aktiviti tanah diberikan di Bukit Tabur di Taman Melawati dekat sini.

Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari berkata, ini hasil semakan lanjut dibuat Majlis Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ) dan Pejabat Daerah Gombak susulan penyebaran gambar sebuah jentolak di bukit tersebut.

“Kerja-kerja tersebut tidak mempunyai kaitan dengan kerajaan negeri dan tidak mendapat kelulusan dari pihak berkuasa tempatan.

“Penguatkuasa telah turun bagi menghentikan aktiviti tersebut dan menyita jentera yang terlibat,” ciapnya menerusi akaun Twitter rasminya.

Amirudin menjelaskan, pihak berkuasa tempatan (PBT) mempunyai keterbatasan dari segi jumlah penguatkuasa dan kini tertumpu kepada pematuhan prosedur operasi standard (SOP) di premis dan sebagainya.

“Kerajaan negeri mengalu-alukan aduan dari awam dan akan terus meningkatkan tahap penguatkuasaan,” katanya.

Terdahulu seorang pengguna Twitter dikenali Farhan meminta penjelasan daripada Amirudin berhubung kehadiran pihak kontraktor di Bukit Tabur berkenaan. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI