fbpx

Tan Sri Zaman Khan meninggal dunia

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Allahyarham Tan Sri Zaman Khan

PETALING JAYA – Bekas Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Tan Sri Zaman Khan Rahim Khan menghembuskan nafas terakhir pada pukul 10.15 pagi hari ini.

Difahamkan jenazah akan dibawa ke Masjid Bukit Aman di ibu negara untuk disembahyangkan sebelum dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Bukit Kiara selepas solat Asar.

Khabar duka itu turut dikongsi Pakar Perlembagaan, Profesor Datuk Dr. Shamrahayu Abdul Aziz menerusi satu hantaran di laman Facebook beliau sebentar tadi.

“Saya mendapat berita Tan Sri Zaman Khan baru saja meninggalkan kita. Moga rohnya ditempatkan bersama para anbia dan para solihin. Bacalah al-Fatihah untuk Tan Sri,” tulisnya.

Beliau dalam coretan sebelum itu menyifatkan Allahyarham sebagai seorang daripada tokoh Polis Diraja Malaysia yang dikagumi sejak di bangku sekolah.

“Apabila saya bangkit dalam kerjaya, saya bersua dengan Tan Sri, kadang-kadang sebagai rakan ahli panel, kadang-kadang sebagai teman untuk saya mendengar nasihat.

“Saya menjadi lebih rapat dengan Tan Sri apabila kami sama-sama berkhidmat dalam Majlis Dakwah Negara. Tan Sri sentiasa bersemangat bercerita tentang keselamatan negara,” ujarnya. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN