fbpx

Shabudin dilantik sebagai Pengerusi AIM baharu

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Shabudin

PETALING JAYA – Ahli Parlimen Tasek Gelugor, Pulau Pinang, Datuk Shabudin Yahaya dilantik sebagai pengerusi Amanah Ikhtiar Malaysia (AIM) bagi menggantikan Datuk Seri Lajim Ukin yang telah meninggal dunia Ogos lalu.

AIM menerusi satu kenyataan berkata, Shabudin, 56, yang telah menjadi Ahli Parlimen sejak tahun 2013 turut pernah dilantik sebagai hakim mahkamah syariah sebelum menjawat jawatan Pengerusi Felcra Berhad.

“Beliau kemudiannya dilantik sebagai Timbalan Menteri Di Jabatan Perdana Menteri yang menjaga Hal Ehwal Parlimen dan Undang-Undang.

“Di atas kepimpinan dan pengalaman yang dimiliki ini, beliau diyakini dapat menerujui AIM yang kini memiliki seramai 356,024 Sahabat kepada satu tahap yang lebih baik dan cemerlang,” kata kenyataan itu hari ini.

Tambahnya, AIM mengucapkan selamat datang juga selamat menjalankan tugas kepada Shabudin dan semoga pelantikan itu dapat meningkatkan lagi peranan serta fungsi AIM dalam membantu mengurangkan kadar kemiskinan seterusnya meningkatkan taraf ekonomi isi rumah golongan yang berpendapatan rendah. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI