fbpx

Selaraskan harga jualan kit Covid -19 – KPDNHEP

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

PUTRAJAYA – Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) memberi kebenaran kepada pemilik premis borong dan runcit membuat penyelarasan harga jualan kit ujian pantas antigen Covid-19 (ujian sendiri) sehingga hari ini.

Pengarah Bahagian Penguat Kuasa KPDNHEP, Azman Adam berkata, peniaga turut diberi peringatan bahawa selepas tamat tempoh kelonggaran, tindakan tegas akan dilaksanakan ke atas peniaga sekiranya gagal mematuhi peruntukan di bawah Akta Kawalan Harga dan Antipencatutan 2011.

Beliau berkata, hasil pemeriksaan sehingga 9 September lalu mendapati tahap pematuhan peniaga runcit adalah baik iaitu sejumlah 606 (86.20 peratus) premis patuh dan 36 (5.12 peratus) premis jual di bawah paras harga maksimum ditetapkan.

Katanya, ia membabitkan 703 pemeriksaan di seluruh negara meliputi 46 premis borong dan 657 premis runcit termasuk premis berkaitan seperti farmasi dan fasiliti kesihatan di seluruh negara.

“Bagaimanapun, terdapat 28 premis (3.98 peratus) yang masih gagal membuat persediaan mematuhi perintah harga maksimum yang diumumkan.

“Pemeriksaan turut mengenal pasti 33 premis (4.69 peratus) yang tidak menjual kit ujian pantas antigen Covid-19 dan situasi ini tidak menjejaskan prestasi keberadaan bekalan kit ujian pantas antigen Covid-19 kerana secara keseluruhannya bekalan di seluruh negara adalah stabil dan mencukupi,” katanya menerusi kenyataan akhbar hari ini.

Azman berkata, KPDNHEP juga amat menyambut baik hasrat para peniaga yang hendak meneruskan jualan kit ujian pantas antigen Covid-19 pada harga yang lebih rendah daripada harga maksimum telah ditetapkan. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI