PETALING JAYA – Ahli Parlimen Tanjung Karang, Tan Sri Noh Omar yang dilantik sebagai Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi akan mengangkat sumpah jawatannya hari ini.
Sementara itu, Ahli Parlimen Kimanis, Datuk Mohamad Alamin yang dilantik sebagai Timbalan Menteri Pendidikan II juga bakal mengangkat sumpah jawatan dalam majlis yang dijadualkan berlangsung di Istana Negara.
Terdahulu, Noh difahamkan tidak dapat mengangkat sumpah bersama menteri dan timbalan menteri kabinet sebelum ini kerana menjadi kontak rapat kepada pesakit Covid-19.
Manakala Mohamad pula dilaporkan telah disahkan positif Covid-19.
Istana Negara melalui satu surat bertarikh 8 September lalu berkata, majlis adat istiadat di hadapan Yang di-Pertuan Agong itu akan berlangsung pada pukul 2 petang nanti. – K! ONLINE.