fbpx

Nama tercemar, Kamal Adli terjebak scammer telefon

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
BIARPUN namanya tercemar, namun Kamal tetap memohon maaf kepada pembeli yang tertipu dan akan mengambil tindakan undang-undang terhadap scammer terbabit.

PETALING JAYA – Gara-gara membuat ulasan tentang sebuah kedai telefon online, nama pelakon Kamal Adli kini tercalar apabila turut terkait dalam beberapa kes penipuan dalam urusan jualan secara dalam talian.

Lebih teruk lagi, Kamal turut menjadi sasaran kemarahan pelanggan kedai terbabit ekoran kegagalan urusan jual beli biarpun pembayaran telah pun dilakukan.

Menjelaskan keadaan sebenar, pelakon drama Perempuan Tanpa Dosa itu berkata, dia hanya menjalankan kerjanya sebagai selebriti yang dibayar untuk melakukan reviu atau ulasan produk atau perkhidmatan yang ditawarkan dalam Instagram.

“Untuk pengetahuan semua, saya ada admin (pengendali) yang pantau bahagian media sosial saya. Jadi semuanya dipantau dengan penuh hati-hati.

“Kemudian, ramai yang hantar mesej (DM) beritahu yang @kassgadget adalah penipu dan scammer. Saya memang ambil serius hal ini sebab setiap kali reviu, saya akan pastikan orang itu betul-betul berniaga,” katanya.

Dalam hantaran berkenaan, Kamal turut memuat naik tangkap layar mesej dalam Instagram dengan beberapa pembeli yang ditipu penjual berkenaan.

Membuktikan keseriusannya berhubung respons orang ramai, Kamal turut memuat naik tangkap layar perbualan pengurusnya dengan penjual kedai berkenaan menerusi WhatsApp pada 16 Ogos lalu dengan bertanyakan tentang isu penipuan yang berlaku.

Bagaimanapun dalam mesej berkenaan, penjual terbabit menafikan perbuatannya penipuannya sebaliknya mendakwa semua pembeli tiada bukti kukuh atas tuduhan yang dibuat.

“Jadi saya dah pun padam segala benda yang di luar kawalan kerana dia sendiri beritahu promosi ini dilakukan sempena Merdeka.

“Saya cuma nak bantu mereka yang terkesan dengan Covid-19, tapi macam ini pula jadinya. Saya mohon maaf kepada semua dan akan pastikan perkara begini tidak akan berulang.

“Saya akan ambil tindakan undang-undang terhadap penipu ini,” tulisnya.

Hasil carian, Instagram penjual berkenaan tidak ditemui, tetapi terdapat sebuah akaun baharu diwujudkan dengan nama @kassgadget.penipu dipercayai dibuka oleh kumpulan pembeli yang tertipu.

Perkongsian akaun tersebut berusaha mengumpul bukti sahih seperti resit bayaran pemindahan wang secara dalam talian daripada pembeli selain mendedahkan akaun bank penjual. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI