fbpx

Maut diserang sakit jantung ketika tunggang motosikal

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Mangsa yang tidak sempat meminta bantuan penduduk kampung meninggal dunia akibat sakit jantung di Kampung Lembaga, Gua Musang hari ini. FOTO AIMUNI TUAN LAH

GUA MUSANG – Seorang lelaki maut selepas dipercayai diserang sakit jantung semasa menunggang motosikal di Kampung Lembaga di sini hari ini.

Dalam kejadian pukul 2 petang itu, mangsa, Mohd. Kasim Ahmad, 57, dari Kampung Batu 2, Kuala Nerus di sini meninggal dunia dipercayai terjatuh daripada motosikal jenis Honda Wave yang berhenti di kawasan tersebut.

Ketua Polis Daerah Gua Musang, Superintendan Sik Choon Foo berkata, siasatan awal mendapati, mangsa dipercayai dalam perjalanan pulang ke rumah selepas membeli peralatan elektrik di bandar.

Katanya, setibanya di lokasi kejadian, mangsa dipercayai diserang sakit jantung dan sempat memberhentikan motosikalnya berhampiran sebuah rumah penduduk.

“Mangsa dipercayai cuba meminta pertolonganm, namun tidak sempat berbuat demikian sebelum terjatuh.

“Kejadian itu menyebabkan motosikal mangsa terbalik lalu menghempap kakinya,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Ujian saringan Covid-19 mendapati mangsa bebas jangkitan virus berkenaan. -K! ONLINE

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 011-19598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI