fbpx

Liverpool lega Van Dijk cergas

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
VAN DIJK (kiri) boleh diturunkan menentang Palace di Selhurst Park malam ini. - AFP

LIVERPOOL – Pengurus Liverpool, Jurgen Klopp boleh menarik nafas lega apabila tonggak pertahanan utama, Virgil van Dijk tidak mengalami kecederaan serius dan boleh diturunkan pada aksi Liga Perdana Inggeris (EPL) bertemu Leeds United malam esok.

Sebagai rekod, Van Dijk terpaksa dikeluarkan pada aksi kelayakan Piala Dunia 2022 ketika membantu Belanda menewaskan Turki 6-1 baru-baru ini sekali gus menimbulkan keresahan dalam kalangan penyokong The Reds.

Kata Klopp, pemain berusia 30 tahun itu bebas daripada kecederaan dan tidak mempunyai masalah sekiranya mahu diturunkan dalam kesebelasan utama untuk aksi di Elland Road malam esok.

“Memang risau jika Van Dijk mengalami kecederaan kerana dia mempunyai sejarah terpaksa diketepikan hampir setahun dan hanya cergas sepenuhnya bulan lalu. Kepulangannya secara tak langsung menguatkan semula pasukan.

“Satu kelegaan buat kami apabila dia disahkan tidak mengalami kecederaan serius. Namun, saya masih belum membuat keputusan untuk meletakkannya dalam kesebelasan utama ataupun tidak,” katanya.

Mengulas lanjut, Klopp mengesahkan, tiga pemainnya iaitu Takumi Minamino, Roberto Firmino dan James Milner terpaksa diketepikan, manakala seorang lagi tonggak tengah, Naby Keita boleh diturunkan untuk pertemuan menentang Leeds nanti.

“Minamino mengalami kecederaan ketika mewakili Jepun sementara Firmino dan Milner masih belum cergas sepenuhnya. Keita pula tiada sebarang masalah dan sudah boleh menyertai pasukan selepas pulang daripada kemelut politik di negaranya,” katanya. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI