fbpx

Lelaki sesak nafas sempat hubungi 999 sebelum maut

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

ALOR SETAR – Seorang lelaki yang mengalami sesak nafas di laluan pejalan kaki ke Pasar Besar Alor Setar bersebelahan sebuah pasar raya di Taman Anggerik di sini hari ini sempat menghubungi talian kecemasan 999 sebelum disahkan meninggal dunia.

Ketua Polis Daerah Kota Setar, Asisten Komisioner Ahmad Shukri Mat Akhir berkata, mangsa, Haslimi Yusof dari Kuala Kedah yang berusia lewat 40-an dikatakan mengalami sesak nafas ketika berada di laluan pejalan kaki tersebut.

“Sebelum rebah, mangsa sempat menghubungi talian kecemasan 999 sebelum disahkan meninggal dunia oleh pegawai perubatan Hospital Sultanah Bahiyah (HSB) yang tiba di tempat kejadian pada pukul 6 pagi ini,” katanya hari ini.

“Mayat mangsa dibawa ke Jabatan Forensik HSB untuk ujian saringan Covid-19 sebelum proses selanjutnya. Kes diklasifi sebagai mati mengejut,” katanya. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI