fbpx

Kren tapak pembinaan tumbang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Kejadian kren tumbang di Jalan Masjid Negeri di George Town semalam.

GEORGE TOWN – Struktur kren di tapak pembinaan sebuah hospital swasta di Jalan Masjid Negeri di sini tumbang semalam dengan sebahagiannya menimpa laluan pejalan kaki berhampiran tapak projek berkenaan.

Kejadian kira-kira pukul 7 malam itu, tidak melibatkan sebarang kecederaan atau kemalangan jiwa dilaporkan namun berlaku kerosakan di laluan pejalan kaki yang ditimpa sebahagian daripada kren yang tumbang berkenaan.

Datuk Bandar Majlis Bandaraya Pulau Pinang (MBPP), Ar. Yew Tung Seang berkata, pihaknya telah mengarahkan perunding projek itu untuk menyerahkan laporan mengenai kejadian tersebut.

“Kami akan mengambil tindakan sewajarnya berhubung kejadian berkenaan,” katanya di sini hari ini. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI