fbpx

KKM pertimbang beri oksimeter nadi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Khairy (kanan) dan Kon Yeow pada sidang akhbar di Komtar, George Town hari ini.

GEORGE TOWN – Kementerian Kesihatan (KKM) mempertimbang untuk menyumbang peranti oksimeter nadi bagi memantau tahap oksigen dalam darah kepada golongan yang memerlukan bagi mengurangkan kes komplikasi kandungan oksigen rendah atau Happy Hypoxia dalam kalangan pesakit Covid-19.

Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin Abu Bakar berkata, KKM mendapati terdapat peningkatan kes golongan yang lebih muda dikesan berdepan gejala Happy Hypoxia yang menjadi pembunuh senyap tidak bergejala pesakit Covid-19.

“Kita sedang lihat peningkatan golongan yang lebih muda yang sekarang berada dalam kategori tiga dan lima dan apa yang kita risau adalah peningkatan kes Happy Hypoxia.

“Kita dengan segera melaksanakan kiraan bajet untuk kita sumbangkan oksimeter nadi kepada keluarga yang memerlukan,” katanya pada sidang akhbar bersama Ketua Menteri Pulau Pinang, Chow Kon Yeow di Kompleks Tun Abdul Razak (Komtar) di sini hari ini.

Menurut Khairy, KKM juga akan meminta mereka yang sedang menjalani kuarantin kendiri untuk melaporkan kepada Pusat Penilaian Covid-19 (CAC) mengenai simptom-simptom awal berkaitan dengan kes Happy Hypoxia.

“Kita akan kemas kini komunikasi dengan mereka yang jalani kuarantin kendiri dengan CAC sekiranya berlaku gejala awal Happy Hypoxia seperti kadar denyutan nadi yang tinggi.

“Selalunya dalam kalangan golongan muda ini, mereka tidak akan menghadapi apa-apa gejala, namun dalam tempoh 24 hingga 48 jam, kesihatan mereka boleh merosot dengan mendadak dan menjadi punca kes meninggal dunia di luar hospital (BID) meningkat,” katanya. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI