fbpx

Kerosakan di Gua Matsoorat masih belum dinilai

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Kesan contengan pada dinding dalam Gua Matsoorat telah merosakkan lukisan prasejarah berusia lebih 5,000 tahun yang dipercayai lukisan manusia Zaman Neolitik.

IPOH – Kerosakan fosil dan persekitaran dalam Gua Matsoorat di sini masih belum dapat dinilaikan kerana memerlukan khidmat juruperunding profesional dalam bidang arkeologi prasejarah.

Ini kerana ia perlu penelitian daripada pakar bagi menilai kerosakan serta kerugian di tapak bersejarah itu.

Datuk Bandar Ipoh, Datuk Rumaizi Baharin berkata, perkara itu memerlukan pemeriksaan lanjut manakala tempoh masanya pula belum dapat ditentukan.

Menurut beliau, walaupun ada pakar tempatan dalam bidang tersebut tetapi khidmat juruperunding luar masih diperlukan bagi tujuan membantu pengkajian.

“Buat masa ini kita masih belum dapat menilai jumlah kerosakan serta anggaran (nilai) kerana ia bukan seperti membuat penilaian kerosakan biasa.

“Gua Matsoorat sendiri usianya ribuan tahun, jadi kita perlu mendapatkan bantuan pakar dari luar untuk kajian disebabkan nilai prasejarah ini terlalu khusus,” ujarnya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas meninjau tapak pertanian bandar di kaki Gunung Matsoorat sini pagi tadi.

Sebelum ini Gua Matsoorat menjadi tumpuan susulan kerosakan pada gigi fosil mamalia herbivor yang dipercayai berlaku pada 18 Mac lalu dengan kesan seperti diusik.

Ia berpunca daripada perbuatan seorang daripada kru syarikat produksi ketika menjalani penggambaran drama Angkara Cinta di bandar raya itu pada waktu tersebut.

Kawasan ini tidak boleh dimasuk sesuka hati berikutan usaha untuk menjadikan Gua Matsoorat sebagai geotapak ke-19 dalam Geopark Lembah Kinta

Susulan kejadian itu, kerajaan Perak akan menuntut ganti rugi akibat kerosakan fosil berusia jutaan tahun dan dinding di Gua Matsoorat daripada syarikat produksi drama menjalankan yang penggambaran di situ. – K! ONLINE

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI