fbpx

Kelab EPL lega pemain Amerika Selatan boleh beraksi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Lapan bintang Brazil yang digantung selama lima hari sebelum ini boleh diturukan beraksi selepas FIFA memberi lampu hijau.

LONDON – Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA) memberi ‘lampu hijau’ buat pasukan-pasukan Liga Perdana Inggeris (EPL) menurunkan barisan pemain dari benua Amerika Selatan untuk saingan minggu ini.

Sebagai rekod, beberapa kelab EPL telah menghalang pemain mereka untuk terbang mewakili negara masing-masing pada kempen Kelayakan Piala Dunia Qatar 2022 baru-baru ini ekoran pandemik Covid-19.

Susulan itu, beberapa negara terbabit telah membuat aduan rasmi kepada FIFA, sekali gus menyaksikan peraturan untuk ‘mengharamkan’ mereka beraksi pada saingan minggu ini dilakukan.

Namun, badan induk bola sepak dunia itu membuat ‘pusingan ‘U’ apabila membenarkan semua pemain terbabit untuk bebas mewakili pasukan selepas berbincang dengan pengurusan tertinggi EPL.

Antara pemain yang terlibat adalah lapan pemain antarabangsa Brazil iaitu Alisson, Fabinho dan Roberto Firmino yang mewakili pasukan Liverpool. – K! ONLINE

 

Selain itu, Raphinha yang mewakili Leeds United, Thiago Silva (Chelsea), Fred (Manchester United), Edersondan Gabriel Jesus (Manchester City) turut dibenarkan beraksi.

 

Tiga lagi pemain, Raul Jimenez dari kelab Wolverhampton (Mexico), Miguel Almiron (Newcastle United/Paraguay), Francisco Sierralta (Watford/Chile) juga boleh diturunkan minggu ini.

 

Hanya empat pemain daripada pasukan Argentina yang tidak boleh diturunkan kerana menjalani kuarantin wajib selepas terbang ke Brazil iaitu Giovani Lo Celso dan Cristian Romero dari kelab Tottenham Hotspur serta Emiliano Buendia dan Emiliano Martinez (Aston Villa). – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI