fbpx

Hobi simpan pistol tiruan makan diri

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

AMPANG – Tindakan tiga lelaki menjadikan pistol tiruan termasuk peluru sebagai koleksi peribadi atau hobi mengundang padah apabila mereka ditahan di Taman Dato Ahmad Razali di sini semalam.

Lelaki tempatan berusia 27 hingga 37 tahun itu mengaku membeli peralatan tersebut secara online pada harga RM400.

Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner Mohamad Farouk Eshak berkata, tangkapan dibuat selepas pihaknya terserempak dengan kereta jenis Perodua Myvi yang dinaiki suspek dalam keadaan mencurigakan pukul 12.15 tengah hari.

“Anggota polis menahan kereta untuk membuat pemeriksaan dan menjumpai satu beg hitam berisi objek hitam menyerupai sepucuk pistol, dua kelopak pistol, satu bekas tin kecil mengandungi biji-biji kecil dipercayai peluru plastik, satu alat laser dan satu pisau lipat.

“Susulan penemuan itu, polis menyerbu rumah suspek di Jalan Berembang, Kuala Lumpur dan merampas selaras senjata menyerupai sniper, tiga botol tin gas dan tiga bekas berisi biji-biji kecil dipercayai peluru,” ujarnya dalam kenyataan hari ini.

Semakan mendapati ketiga-tiga suspek mempunyai rekod jenayah kesalahan dadah dan menipu.

“Hasil siasatan mendapati pistol tiruan dan peralatan itu dibeli secara online pada 2019 dengan harga RM400.

Suspek turut mengaku menjadikan senjata yang dirampas itu sebagai koleksi dan juga hobi,” ujarnya.

Suspek direman bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 36 Akta Senjata 1960 (memiliki senjata tiruan). – K! ONLINE

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 011-19598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI