fbpx

Dua bintang remaja berentap final Terbuka AS

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
RADUCANU mengakui kecederaan belakang yang dialami sedikit sebanyak memberi kesan terhadap prestasinya sehingga sukar untuk menampilkan permainan sebenar. – AFP. – AFP

NEW YORK – Kejohanan Tenis Terbuka Amerika (AS) musim ini terus mencipta kejutan apabila menyaksikan dua pemain remaja wanita dari Kanada dan Great Britain bakal berentap merebut gelaran Grand Slam pertama dalam karier mereka di Stadium Arthur Ashe esok.

Menariknya, ini adalah penampilan sulung Terbuka AS buat kedua-dua pemain berkenaan iaitu Emma Raducanu yang kini bergelar pemain No. 1 Great Britain dan bintang meningkat naik dari Kanada, Leylah Annie Fernandez.

Raducanu yang baru berusia 18 tahun, mengekalkan permainan agresif untuk mengatasi Maria Sakkari dari Greece dengan kemenangan straight-set 6-1, 6-4 pada aksi separuh akhir semalam.

Leylah pula yang menyambut ulang tahun kelahiran ke-19 pada Isnin lalu, terus mencipta fenomena tersendiri apabila kali ini menumbangkan pemain No. 2 dunia dari Belarus, Aryna Sabalenka dengan keputusan 7-6, 4-6, 6-4 semalam.

LEYLAH terus mencipta fenomena apabila kali ini menumbangkan pemain No. 2 dunia untuk mara ke final Terbuka AS esok. – AFP

“Saya tidak tahu bagaimana untuk menggambarkan perasaan ketika ini. Impian saya hanya satu iaitu melangkah ke final kejohanan ini dan ia akhirnya tercapai.

“Saya memberikan permainan terbaik dan cuba memungut mata demi mata dalam setiap set permainan. Saya sendiri tidak tahu bagaimana saya berjaya mengutip mata kemenangan ke atas Sabalenka pada set penentuan ini,” kata Leylah.

Sebagai rekod, Leylah berjaya menewaskan bekas pemain No. 1, Naomi Osaka; juara tiga kali Grand Slam, Angelique Kerber sebelum menumbangkan pemain ranking kelima dunia, Elina Svitolina di suku akhir sebelum ini.

Raducanu pula muncul pemain paling bernilai selepas menjadi wakil wanita pertama dari Great Britain berjaya meloloskan diri ke final Terbuka AS sejak 1977.

“Saya sangat gembira dan teruja dengan pencapaian melangkah ke final. Ia satu keputusan yang luar biasa pada penampilan pertama di Terbuka AS,” jelas Raducanu. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI