fbpx

Bukan hanya kluster kayangan dibenarkan tunai solat di masjid

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Ahmad Marzuk (kanan) menyampaikan bantuan wang tunai kepada pengayuh beca di Dataran Muhammadi, Kota Bharu hari ini.

KOTA BHARU – Kerajaan mengingatkan kepada pihak masjid agar tidak memberi layanan istimewa kepada individu berstatus orang kenamaan (VIP) untuk menunaikan solat Jumaat seperti video yang tular di media sosial sejak semalam.

Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Ahmad Marzuk Shaary berkata, dalam pentadbiran agama di negera ini, semua pihak dilayan sama dan bukan hanya kluster kayangan yang dibenarkan menunaikan solat di masjid.

Menurutnya, beliau turut memberi peringatan bahawa pihak masjid perlu ada budi bicara dan tidak hanya melayan kumpulan tertentu sahaja untuk menunaikan solat.

“Kerajaan memandang serius isu ini dan akan memperbaharui prosedur operasi standard (SOP) ketetapan jemaah mengikut kesesuaian semasa.

“Sebenarnya, saya sendiri perlu beratur sekiranya mahu menunaikan solat di Putrajaya. Justeru, pentadbiran agama di negara ini sebenarnya memberi layanan yang sama kepada semua tanpa mengira status individu tersebut,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas Program Musaadah Yayasan dakwah Islamiah Malaysia (Yadim) – Bank Islam Kepada Pengayuh Beca di Dataran Muhammadi di sini hari ini.

Dalam program tersebut, seramai 25 orang pengayuh beca yang terkesan akibat Perintah Kawalan Pergerakan ketika ini menerima sumbangan wang tunai dan bakul makanan.

Terdahulu, tular di media sosial video yang memaparkan hanya individu yang mempunyai pangkat dan kabel dibenarkan untuk menunaikan solat Jumaat dipercayai di sebuah masjid di Putrajaya semalam.

Rakaman video berdurasi kira-kira satu minit itu menunjukkan sekumpulan jemaah dilihat dilarang memasuki masjid manakala ada golongan dipercayai VIP dibenarkan masuk.

Tambah Ahmad Marzuk, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Idris Ahmad sendiri telah meminta pihak masjid berkenaan memberikan penjelasan berhubung insiden tersebut dan isu itu akan diselesaikan dengan segera. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI