fbpx

Bukan bercuti di Old Trafford – Ronaldo

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
RONALDO percaya kehadirannya mampu membantu United menjulang trofi musim ini. – MANCHESTER UNITED

MANCHESTER – Bintang sensasi dunia, Cristiano Ronaldo tidak menganggap perpindahannya ke Manchester United sebagai ‘percutian bulan madu’ menjelang aksi Liga Perdana Inggeris (EPL) bertemu Newcastle United di Old Trafford malam ini.

Sebagai rekod, Ronaldo mengejutkan dunia bola sepak apabila kembali ke Old Trafford buat kali pertama dalam tempoh 12 tahun selepas berhijrah daripada gergasi Serie A, Juventus bulan lalu.

Penyerang prolifik berusia 36 tahun itu sudah tidak sabar untuk membuat debut semula bersama skuad kendalian Ole Gunnar Solskjaer tersebut dengan meletakkan sasaran untuk menjaringkan gol ke atas Newcastle.

Ronaldo menjelaskan, misinya selepas merealisasikan perpindahan menyertai The Red Devils adalah mudah iaitu mahu mengembalikan era kegemilangan pasukan itu dengan memburu kejuaraan musim ini.

“Kehadiran saya ke sini bukanlah untuk bercuti, sebaliknya mahu membantu pasukan kembali digeruni dan menjadi antara kelab berpengaruh di England seperti pernah dilakukan ketika saya menyarung jersi United sebelum ini.

“Walaupun sudah berusia tetapi saya tetap optimis mampu memberi sumbangan seperti yang diharapkan barisan kejurulatihan dan rakan-rakan sepasukan. Saya juga masih mampu untuk bersaing pada tahap tertinggi,” kata kapten skuad antarabangsa Portugal itu.

Bekas penyerang Real Madrid itu dijangka disenaraikan dalam kesebelasan utama menentang skuad kendalian Steve Bruce bersama dua lagi pemain di bahagian posisi serangan, Mason Greenwood dan Jadon Sancho. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI