fbpx

Buka hospital medan di Hospital Pulau Pinang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Khairy (dua dari kanan) bersama Kon Yeow (kanan) ketika meninjau tapak operasi cadangan hospital medan HPP di George Town.

GEORGE TOWN – Sebuah hospital medan akan dibuka di Hospital Pulau Pinang (HPP) di sini bagi menampung peningkatan jumlah pesakit Covid-19 di negeri ini.

Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin berkata, hospital medan itu akan mempunyai lebih 100 buah katil dilengkapi kemudahan oksigen, wad pesakit dan lain-lain kemudahan yang mampu merawat pesakit.

“Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dan kakitangan Kementerian Kesihatan (KKM) telah melawat tapak, dan jika kelulusan diperoleh esok pembinaannya akan mengambil masa seminggu untuk disiapkan.

“Lebih 100 buah katil tambahan pelbagai jenis akan disumbangkan untuk pesakit di Hospital Medan ini,” katanya selepas meninjau tapak operasi hospital medan di HPP di sini hari ini.

Sebelum ini, Unit Rawatan Rapi Medan (Field) ICU dibina Angkatan Tentera Malaysia (ATM) di Hospital Kepala Batas (HKB) pada Mei lalu bagi merawat pesakit kritikal Covid-19.

Sementara itu, beliau turut memaklumkan,KKM juga akan menggerakkan 200 petugas barisan hadapan terdiri daripada kakitangan perubatan, jururawat dan lain-lain ke Pulau Pinang bagi menampung jumlah petugas kesihatan di negeri ini.

“Kita dapati ada kekurangan dari segi tenaga jururawat di Pulau Pinang, kita gerakkan mereka ini dari negeri-negeri lain untuk membantu Pulau Pinang,” katanya. – K! ONLINE

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 011-19598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI