fbpx

500,000 pekebun kecil lega harga kelapa sawit meningkat

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Jeck Seng (tiga dari kiri) bersama sebahagian penerima bakul makanan sumbangan Jabatan Perpaduan Negara, di Pekan Nanas, di Pontian, Johor hari ini.

PONTIAN – Kementerian Perusahaan, Perladangan dan Komoditi (MPIC) akan memastikan harga pasaran bagi komoditi negara berada ditahap yang baik.

Timbalan Menteri 1 MPIC, Datuk Seri Wee Jeck Seng berkata, itu merupakan antara sasaran yang ingin dicapai kementeriannya dalam tempoh 100 hari selepas Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaacob mengambil alih pentadbiran.

Menurutnya, MPIC bertanggungjawab bagi memastikan komoditi seperti kelapa sawit, getah, lada hitam dan koko memberikan pulangan yang baik kepada pekebun kecil.

“Sebagai contoh tanaman kelapa sawit memberikan sumbangan besar kepada pendapatan negara melibatkan kira-kira 500,000 pekebun kecil dan kenaikan harga komoditi kelapa sawit ketika ini menambah pendapatan mereka.

“Kenaikan bukan datang serta merta tersebut melalui usaha yang dilakukan oleh kementerian dan kerajaan dengan melakukan pelbagai inisiatif bagaimana untuk meningkatkan harga kelapa sawit ini,” katanya selepas menyampaikan sumbangan bakul makanan di Pekan Nanas di sini hari ini.

Jeck Seng berkata, antara inisiatif yang dilakukan kerajaan adalah meningkatkan hubungan diplomasi lebih baik dengan negara China dan India, selain mencari pasaran baru di Filipina, Jepun, Asia Barat, Asia Tengah, Afrika dan sebagainya.

“Harga buah tandan segar (BTS) sawit yang lazimnya diniagakan pekebun kecil kelapa sawit merekodkan kenaikan tertinggi dalam sejarah apabila mencecah paras hampir RM1,000 satu tan hari ini,” katanya. – K! ONLINE

 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI