fbpx

24 individu ceroboh hutan simpan kekal ditahan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Hutan Simpan Batang Kali mempunyai pelbagai spesies flora dan fauna

PETALING JAYA – Tindakan 24 individu menceroboh Hutan Simpan Batang Kali tanpa kebenaran dan permit memasuki hutan simpanan kekal membawa padah apabila kesemua mereka ditahan oleh Jabatan Perhutanan Negeri Selangor (JPNS) hari ini.

Pengarah Perhutanan Negeri Selangor, Datuk Ahmad Fadzil Abdul Majid berkata, kesemua 24 individu berkenaan telah mula berkumpul di sebuah kem di Hulu Tamu, Batang Kali sejak petang semalam bagi menjalankan aktiviti Survival Gua Prong, Hulu Tamu.

“Kesemua individu berusia 20 hingga 40-an itu ditahan kira-kira pukul 2 petang dan telah dibawa Ibu Pejabat Polis Daerah Kuala Kubu Bharu untuk diambil keterangan.

“Kes ini akan disiasat di bawah peruntukan subseksyen 47(1), Enakmen (Pemakaian) Akta Perhutanan Negara 1985,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Menurut Ahmad Fadzil, pihak JPNS tidak akan berkompromi dengan mana-mana pihak yang menceroboh kawasan Hutan Simpanan Kekal (HSK) tanpa kebenaran.

“Tindakan ini (penahanan) diambil bagi membuktikan JPNS amat serius dalam menangani isu pencerobohan HSK tanpa kebenaran di negeri ini,” tegas beliau. – K! ONLINE

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 011-19598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI