fbpx

Tidak sempat jual 1.2 tan beras Siam

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Polis merampas sebuah MPV jenis Nissan Grand Livina yang membawa 1.2 tan beras Siam di Pasir Mas hari ini. - FOTO IHSAN POLIS

PASIR MAS – Polis merampas sebanyak 1.2 tan beras Siam di dalam sebuah kenderaan pelbagai guna (MPV) yang ditinggalkan di persimpangan lampu isyarat, Jambatan Sultan Ismail Petra, Tendong di sini hari ini.

MPV jenis Nissan Grand Livina yang membawa beras seludup bernilai RM4,200 itu ditahan kira-kira pukul 6 pagi ketika anggota polis menjalankan rondaan cegah jenayah di kawasan tersebut.

Ketua Polis Daerah Pasir Mas, Asisten Komisoner Mohd. Nasaruddin M. Nasir berkata, semasa melakukan rondaan, anggota bertugas telah melihat sebuah sebuah MPV yang dipandu dalam keadaan mencurigakan.

Menurutnya, anggota polis kemudian mengarahkan pemandu MPV itu untuk berhenti, namun dia telah bertindak memecut kenderaan dipandunya.

“Bagaimanapun, kita telah menjumpai MPV itu ditinggalkan di tepi jalan dengan pintu sebelah tempat duduk pemandu dalam keadaan terbuka.

“Pemeriksaan di dalam MPV itu telah menjumpai beras seberat 1.2 tan yang dipercayai diseludup dari negara jiran,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Mohd. Nasaruddin memberitahu, kesemua barangan rampasan dan MPV itu telah dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah Pasir Mas untuk tindakan lanjut. – K! ONLINE

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI