fbpx

Terusan Suez kembali tersekat

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Kapal Coral Crystal berjaya diapungkan semula tidak lama kemudian dan meneruskan perjalan. - SCA

KAHERAH – Sebuah kapal kontena terkandas semasa belayar  melalui Terusan Suez kelmarin dan menghalang kapal- kapal lain daripada memasuki  laluan air tersebut, lapor akhbar The Sun semalam.

Ia merupakan insiden kedua tahun ini melibatkan kapal kontena yang tersekat di terusan itu.

Ketika kejadian, kapal kargo milik Panama, Coral Crystal sedang menuju ke Port Sudan sebelum tersekat.

Menurut laporan agensi berita Sky News Arabia, kapal tersebut berjaya diapungkan semula tidak lama kemudian dan Terusan Suez kembali dibuka.

Media tempatan melaporkan bahawa kapal kargo itu tersekat sejauh 53 kilometer di  terusan Mesir itu dan usaha-usaha menyelamat dibuat semalam.

Pihak Berkuasa Terusan Suez (SCA) terpaksa menangguhkan sementara kemasukan semua kapal di wilayah tersebut.

SCA berkata bahawa insiden itu ditangani dengan penuh profesional dan tidak mengakibatkan masalah trafik yang teruk.

Kapal Coral Crystal itu dilaporkan membawa 43,000 tan kargo. 

Insiden itu merupakan insiden kedua membabitkan kapal kontena yang tersekat di terusan sama selepas kapal kontena Ever Given pada Mac lalu telah tersekat selama enam hari dan mengakibatkan kerugian besar kepada dunia. – Agensi 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI