fbpx

Suami alami sakit pinggang kronik, sukar berjalan – Rebecca Nur Al Islam

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
REBECCA mmeberitahu suaminya kini mengalami sakit pinggang yang teruk sehingga sukar untuk berjalan.

PETALING JAYA – Pelakon Datin Rebecca Nur Al Islam melahirkan rasa bimbang apabila memberitahu suaminya, Datuk Norazam Sulaiman tiba-tiba mengalami masalah sakit pada pinggang sehingga menyukarkannya untuk berjalan.

Ujar Rebecca,35, dia tidak tahu punca suaminya mengalami sakit pinggang, namun percaya perkara itu mungkin ada kaitan selepas sembuh daripada dijangkiti Covid-19 tahap lima sekitar bulan Julai lalu.

“Assalamualaikum dan salam Jumaat semua. Suami tercinta tiba-tiba sukar nak berjalan sebab sakit pada bahagian pinggang.

“Dua hari lepas dah mula rasakan sesuatu pada pinggang tetapi tetap cuba kuatkan diri. Semalam macam susah nak berjalan pula dan terus bawa suami ke hospital sebab terlalu risau,” ujarnya dalam satu hantaran Instagram.

Ujar Rebecca, dia tidak tahu punca sebenar Norazam mengalami sakit pinggang kronik sehingga tidak mampu berjalan, namun berpendapat kemungkinan kesan selepas sembuh daripada dijangkiti Covid-19.

“Tidak tahu nak cakap apa puncanya. Mungkin selepas baik daripada Covid-19 tahap empat dan lima. Hanya Allah SWT yang mengetahui,” katanya.

Ujar pelakon berusia 35 tahun itu lagi, buat sementara waktu ini, suaminya hanya diberi ubat oleh doktor dan melihat keadaannya dalam masa seminggu.

“Secara jujur suami memang tidak suka pergi hospital, apatah lagi masuk hospital. Insha-Allah semoga baik dan sakitnya ini biasa-biasa sahaja,” dedahnya.

Menerusi video yang dikongsikan dalam Instagram miliknya, kelihatan Norazam terpaksa disorong menggunakan kerusi roda ketika berada di hospital.

Malah lelaki itu juga kelihatan sukar untuk berjalan dan terpaksa menggunakan tongkat kerana mengalami sakit pinggang yang luar biasa.

Dalam kesempatan itu juga, Rebecca berdoa supaya suaminya diberikan kesembuhan dan sentiasa dilindungi Allah SWT.

“Engkau tariklah segala sakit yang dia rasa, engkau bantulah suamiku. Sesungguhnya engkau maha segala-galanya,” tulis Rebecca.

Terdahulu Kosmo! pada 8 Julai lalu melaporkan Rebecca berkongsi berita mengenai seluruh ahli keluarga termasuk tiga pembantu rumah disahkan positif Covid-19 kecuali dirinya sendiri.

Bagaimanapun, suaminya terpaksa dimasukkan ke sebuah Pusat Kuarantin Risiko Rendah Swasta (PKRCS) kendalian klinik swasta di sebuah hotel di ibu negara untuk mendapatkan bantuan oksigen ekoran keadaanya kesihatannya semakin buruk.

Selepas dua hari seluruh keluarganya disahkan positif Covid-19, Rebecca yang disahkan dijangkiti wabak tersebut bagaimanapun hanya menjalani kuarantin di rumah bersama lima anak dan enam pembantu rumahnya. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN