fbpx

PGA tangkap 64 penyeludup dalam tempoh sebulan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Mat Shukor menunjukkan gambar barangan dan kenderaan yang dirampas oleh Batalion 8 PGA menerusi penugasan Op Benteng Covid-19 di sempadan Malaysia-Thailand.

RANTAU PANJANG – Batalion 8 Pasukan Gerakan Am (PGA) berjaya menahan seramai 64 orang penyeludup sepanjang Op Benteng Covid-19 yang dijalankan pihaknya sejak sebulan lalu.

Pegawai Pemerintah Batalion 8 PGA, Superintendan Mat Shukor Yusof berkata, dua daripada penyeludup yang ditangkap adalah wanita dan kebanyakan daripada mereka berusia antara 30 hingga 50 tahun.

Menurutnya, siasatan mendapati, kesemua suspek itu merupakan penduduk yang tinggal di kawasan sempadan Malaysia-Thailand.

“Mereka dipercayai menjadikan aktiviti penyeludupan sebagai kerjaya sampingan mereka bagi menambah pendapatan.

“Selain itu, kita turut menyita sebanyak 42 buah kereta yang digunakan untuk kegiatan tersebut sepanjang tempoh penugasan bermula 16 Ogos lalu sehingga semalam” katanya pada sidang akhbar di Markas Taktikal PGA, Lubok Stol di sini hari ini.

Mat Shukor memberitahu, sejak menggalas tanggungjawab mengendalikan Op Benteng Covid-19, pihaknya berjaya mencatatkan rampasan berjumlah RM3.09 juta. – K! ONLINE

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI