fbpx

Perancis tawar perancang kehamilan percuma kepada wanita 25 tahun ke bawah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Perubahan baharu itu akan memberikan akses kepada kawalan kelahiran percuma sehingga usia 25 tahun di Perancis - AFP via Getty Images

PARIS – Perancis bakal menawarkan kaedah perancang kehamilan secara percuma kepada semua wanita berusia 25 tahun ke bawah bermula tahun depan, lapor laman berita Mail Online kelmarin. 

Menteri Kesihatan, Olivier Veran kelmarin mengumumkan perkara tersebut menerusi saluran televisyen France-2. Katanya, inisiatif tersebut turut merangkumi lawatan perubatan percuma dan mula berkuatkuasa pada 1 Januari 2022.

Semua kaedah kontraseptif ketika ini adalah percuma untuk remaja perempuan berusia antara 15 hingga 18 tahun, namun perubahan baharu itu akan memberikan akses kepada kawalan kelahiran percuma sehingga usia 25 tahun di Perancis.

Pengguguran bayi di negara itu juga adalah percuma dan sah.

Veran berkata, wanita di Perancis kurang menggunakan pil pencegah kehamilan berbanding sebelumnya dan berkata bahawa masalah kewangan menjadi punca utama.

“Adalah sesuatu yang tidak boleh diterima  sekiranya wanita tidak mampu untuk melindungi diri mereka kerana kos pil perancang yang tinggi,” kata Veran.

Beliau juga berkata bahawa usia 25 dipilih sebagai usia maksimum kerana individu pada usia antara 18 hingga 25 tahun lebih autonomi selain tidak lagi dilindungi oleh insurans ibu dan bapa mereka.

Veran menjelaskan bahawa subsidi baharu itu yang merangkumi pil, alat pencegah kehamilan Intrauterine Device (IUD) dan pemindahan kontraseptif akan menelan belanja sebanyak 21 juta euro (RM102.8 juta) setahun.

Beberapa negara Eropah menawarkan kontrasepsi percuma atau bersubsidi dan di Britain, kaedah pencegah kehamilan adalah percuma di bawah Perkhidmatan Kesihatan Kebangsaan (NHS).

Pada Julai lalu, Britain mengumumkan bahawa wanita di negara itu akan boleh membeli pil perancang kehamilan di kaunter tanpa perlu mendapatkan preskripsi. – Agensi 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI