fbpx

Pemilik hartanah perlu pastikan penyewa tidak terbabit kegiatan jenayah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

PETALING JAYA – Pemilik hartanah perlu menyemak rekod latar belakang penyewanya bagi mengelakkan sebarang kegiatan jenayah termasuk aktiviti haram yang dilakukan sehingga boleh menjejaskan keselamatan masyarakat.

Pensyarah Kanan di Fakulti Perniagaan, Ekonomi dan Perakaunan HELP  Universiti,  Paneir Selvam berkata,  pemilik juga harus memeriksa kelayakan ejen hartanah yang mengendalikan transaksi berkenaan dan kedua-dua pihak perlulah  memeterai perjanjian penyewaan secara teratur sebelum menyewakan premis masing-masing.

“Pemilik bangunan juga hendaklah melakukan pemeriksaan wajar terhadap bentuk dan tujuan perniagaan penyewa serta memastikan pengenalan teratur penyewa rumah sebelum memeterai perjanjian sewa,’’katanya dalam kenyataan.

Paneir menerangkan, perjanjian sewa lazimnya ditadbir urus menerusi perundangan kontrak, dan jika terdapat kegiatan jenayah dilakukan di hartanah tersebut, penyewa boleh didakwa sebagai melanggar kontrak. 

Terdapat banyak contoh di mana tuan rumah meletakkan kepercayaan kepada ejen hartanah, yang kemudiannya terpengaruh oleh kadar komisen menarik daripada penyewa yang terlibat di dalam aktiviti haram. 

“Demi untuk membayar balik pinjaman bank berterusan di dalam keadaan ekonomi yang sukar kini, pemilik bangunan memilih untuk tidak menghiraukan latar belakang penyewa atau melakukan pemeriksaan sewajarnya mengenai penyewa. 

“Ini terutamanya bila mereka ditawarkan kadar sewa melebihi harga pasaran atau dibayar pendahuluan sewa 12 atau 24 bulan.’’

“Sikap tidak ambil endah atau tidak peduli ini sering mengakibatkan mereka berdepan masalah bila timbul pelbagai laporan mengenai penyewa menggunakan gudang atau rumah persendirian untuk kegiatan jenayah seperti menyimpan barangan haram seperti rokok seludup,’’  jelas beliau.

Selvam menerangkan, pelanggaran syarat perjanjian penyewaan akan mewajibkan penyewa membayar ganti rugi kepada pemilik bangunan. 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI