fbpx

Pembonceng maut sebelum sampai rumah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Lelaki warga asing maut selepas terjatuh dari motosikal yang diboncengnya di KM5.5 BORR arah Prai semalam.

SEBERANG PERAI – Seorang pembonceng lelaki warga Myanmar maut selepas terjatuh dari motosikal dinaikinya di Kilometer 5.5, Lebuh Raya Lingkaran Luar Butterworth (BORR) arah Prai di sini semalam.

Dalam kejadian kira-kira pukul 7.15 malam itu, mangsa berketurunan Rohingya berusia 25 tahun tersebut disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian disyaki akibat kecederaan parah.

Menurut Ketua Polis Daerah Seberang Perai Utara, Asisten Komisioner Noorzainy Mohd. Noor, kejadian berlaku ketika mangsa membonceng motosikal jenis Yamaha Lagenda 115Z bersama rakan senegaranya.

“Mereka dikatakan dalam perjalanan balik ke rumah di Bagan Dalam dari tempat kerja di Tasek Gelugor.

“Apabila sampai di lokasi kejadian, secara tiba-tiba pembonceng terjatuh dari motosikal dan disahkan meninggal dunia di tempat kejadian disyaki akibat kecederaan parah pada kepala,” katanya kepada pemberita hari ini.

Noorzainy berkata, mayat mangsa dihantar ke Hospital Kepala Batas di sini bagi menjalani proses bedah siasat selepas memperoleh keputusan ujian Covid-19.

Menurutnya, kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987. – K! ONLINE

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI