fbpx

Pemain badminton dapat kenaikan gaji

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
NORZA memohon Astaf membuat keputusan terbaik serta melihat senario perkembangan sukan sepak takraw di negara ini.

PERSATUAN Badminton Malaysia (BAM) memberi bayangan untuk memberikan kenaikan gaji sekali ganda kepada pemain-pemain naungannya yang berada dalam kelompok 10 terbaik dunia.

Presiden BAM, Tan Sri Mohamad Norza Zakaria berkata, pihak­nya akan mengadakan perbincangan lanjut bagi menilai serta meneliti bonus pemain dan jurulatih selain gaji pemain.

Pengumuman itu pastinya menjadi berita gembira buat pemain-pemain kebangsaan dan mampu membakar semangat mereka untuk memberikan aksi terbaik dalam kejohanan yang disertai.

“Saya fikir kenaikan 100 peratus untuk pemain yang berada dalam kelompok 10 terbaik. Sebagai contoh, sekiranya sebelum ini gaji mereka sekitar RM15,000, selepas ini akan jadi RM30,000.

“Jumlah itu adalah termasuk bonus, penerbangan kelas bisnes dan sebagainya,” katanya kepada pemberita pada majlis meraikan pasangan beregu lelaki, Aaron Chia-Soh Wooi Yik yang meraih pingat gangsa Sukan Olimpik Tokyo 2020 di Akademi Badminton Malaysia (ABM), Bukit Kiara semalam.

Gandingan No. 8 dunia itu menerima ganjaran sebanyak RM180,000 termasuk RM60,000 daripada penaja 100Plus manakala pasukan kejurulatihan beregu lelaki mendapat habuan RM30,000.

Pada masa sama, pemenang pingat emas Sukan Paralimpik Tokyo 2020, Cheah Liek Hou juga akan diberikan ganjaran RM200,000 sementara jurulatihnya, Datuk Rashid Sidek menerima RM50,000.

Dalam pada itu, Mohamad Norza menjelaskan, sebelum pemain berangkat ke Sukan Olimpik Tokyo, pihaknya ada mengadakan pertemuan dan mengubah skim insentif kemenangan Sukan Olimpik BAM yang dianggap terlalu rendah.

“Saya cakap kepada pemain-pemain, sesiapa yang bawa pulang pingat emas dari Tokyo akan diberikan insentif RM1 juta seorang. Insentif ini berasingan dengan SHAKAM (Skim Hadiah Kemenangan Sukan),” ujarnya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI