PUTRAJAYA – Pertubuhan Peladang Kebangsaan (NAFAS) akan meneroka beberapa sektor pelaburan baharu bagi meningkatkan Dana Peladang Kebangsaan (DPK) termasuk menceburi perkhidmatan pajak gadai Islam (Ar-Rahnu).
Pengurus Besarnya Abu Sujak Sahuji berkata, pihaknya melihat perkhidmatan Ar-Rahnu mampu memberi pulangan yang baik kepada DPK.
Beliau berkata, pihaknya mempunyai banyak rancangan untuk memperluas sektor pelaburan DPK namun, ia tertangguh akibat Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dan impak pandemik Covid-19.
“Kami merancang untuk bergerak lebih agresif mulai akhir tahun ini,” katanya ketika ditemui pada Majlis Pengumuman Agihan Kadar Dividen Skim Pelaburan Khas Peladang (SPKP), DPK, NAFAS di Wisma Tani di sini, hari ini.
Katanya, pihaknya juga menjangka kadar agihan purata lapan peratus bagi DPK dapat dikekalkan bagi tahun-tahun mendatang di sokong sektor-sektor pelaburan sedia ada.
Abu Sujak berkata, pihaknya turut menetapkan sasaran untuk meningkatkan jumlah pelabur bagi SPKP DPK sehingga 10,000 tahun depan.
“Kami menyasarkan 10,000 pelabur tahun ini namun ia tertangguh akibat PKP dan pandemik Covid-19,” katanya.
Katanya, ketika ini, seramai 5,323 pelabur menyertai SKPK DPK sejak dilancarkan pada tahun 2012 dengan dana dan aset terkumpul berjumlah RM220 juta. – K! ONLINE
Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929
Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929